Saturday, November 21, 2015

Khatam Surah Al-An'am

Al-An’am, dari Ayat 141~150.  

141. Dan ialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan tidak berjunjung, dan kurma, dan tumbuh-tumbuhan yang berlainan rasanya, dan zaiton, dan delima, yang bersamaan dan yang tidak bersamaan. “makanlah dari buah nya, apabila ia berbuah dan keluarkan lah haknya, pada hari katamnya, dan janganlah kamu makan berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang  berlebih-lebihan.

142. Dan ia jadikan dari binatang-binatang ternak itu, pembawa barang-barang dan buat disembeleh. Makan lah apa-apa yang Allah telah kurniakan kepada kamu, dan jangan lah kamu ikut perjalanan syaitan, kerana sesungguhnya  adalah syaitan itu bagi kamu, musuh yang terang”.

143. Iatu “lapan yang berpasangan, iaitu dari biri-biri dua, dan dari kambing dua”. Tanyalah: “apakah yang Allah haramkan itu, dua jantan nya atau dua betina nya, atau kah yang dikandung oleh dua betina nya ? terangkan lah kepada ku dengan pengetahuan, jika memang kamu orang-orang yang benar”.

144. “Dan dari unta dua, dan dari sapi dua”. Tanyalah; “apakah yang Allah haramkan itu, dua jantan nya atau dua betina nya, atau kah yang dikandung dua betina nya, atau kah kamu jadi saksi tetakala Allah pesan kepada kamu tentang ini ? siapakah yang lebih menganyayai daripada orang yang berdusta atas nama Allah, untuk menyesatkan manusia dengan tidak mempunyai pengetahuan ?”,  sesungguh nya Allah  tidak memberi pertunjuk kepada kaum yang zalim.

145. Katakan lah; “aku tidak dapati makanan yang haram, dalam kitab yang diwahyukan kepada ku, bagi orang yang mahu memakan nya, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi  -- kerana sesungguhnya itu kotor – atau sesuatu yang disembeleh kerana lain dari Allah. Maka barang siapa terpaksa dengan tidak sengaja mahu dan tidak melebihi. Maka sesungguhnya Tuhan mu itu pengampun, penyayang. 

146. Dan atas orang-orang yahudi, kami telah haramkan tiap-tiap binatang yang berkuku, dan daripada sapi dan kambing, kami haramkan atas mereka, lemak nya,  melainkan lemak yang ada dibelakang nya atau didalam perut atau apa-apa yang bercampur dengan tulang, yang demikian itu, kami balas mereka dengan sebab kejahatan mereka, sesungguhnya kamilah yang benar.

147. Oleh itu, jika mereka mendustakan mu, maka katakan lah; “Tuhan kamu itu ialah yang mempunyai rahmat yang luas, dan seksa nya tidak boleh disingkirkan dari kaum yang berdusta”.

148. Akan berkata orang-orang yang  musrik; “jika dikehendaki Allah, nescaya kami dan bapa-bapa  kami tidak mempersekutukan nya dan tidak kami haramkan apa-apa”.  Bagitu juga orang yang sebelum mereka membuat dusta hingga mereka merasa seksaan kami.  Katakan lah; “adakah kamu mempunyai keterangan yang boleh kamu tunjuk kan kepada kami ? tidak kamu turut, melainkan sangkaan, dan tidaklah kamu itu melainkan berdusta”.

149. Katakan lah; “lantaran itu, maka Allah mempunyai alasan yang kuat, iaitu jika ia mahu, tentu ia akan beri pertunjuk kepada kamu sekelian”.

150. Katakan lah; “bawalah saksi-saksi kamu yang menyaksikan bahawa Allah mengharamkan ini”. Oleh itu, jika mereka jadi saksi, maka janganlah engkau jadi  saksi bersama mereka, dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan orang-orang yang tidak percaya kepada akhirat, sedang mereka menyekutukan Tuhan mereka.

.

.

No comments:

Post a Comment