Al-An’am, dari Ayat 141~150.
141. Dan ialah yang
menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan tidak berjunjung, dan kurma, dan
tumbuh-tumbuhan yang berlainan rasanya, dan zaiton, dan delima, yang bersamaan
dan yang tidak bersamaan. “makanlah dari buah nya, apabila ia berbuah dan
keluarkan lah haknya, pada hari katamnya, dan janganlah kamu makan
berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang
yang berlebih-lebihan.
142. Dan ia jadikan dari
binatang-binatang ternak itu, pembawa barang-barang dan buat disembeleh. Makan
lah apa-apa yang Allah telah kurniakan kepada kamu, dan jangan lah kamu ikut
perjalanan syaitan, kerana sesungguhnya
adalah syaitan itu bagi kamu, musuh yang terang”.
143. Iatu “lapan yang
berpasangan, iaitu dari biri-biri dua, dan dari kambing dua”. Tanyalah: “apakah
yang Allah haramkan itu, dua jantan nya atau dua betina nya, atau kah yang
dikandung oleh dua betina nya ? terangkan lah kepada ku dengan pengetahuan,
jika memang kamu orang-orang yang benar”.
144. “Dan dari unta dua, dan dari sapi dua”.
Tanyalah; “apakah yang Allah haramkan itu, dua jantan nya atau dua betina nya,
atau kah yang dikandung dua betina nya, atau kah kamu jadi saksi tetakala Allah
pesan kepada kamu tentang ini ? siapakah yang lebih menganyayai daripada orang
yang berdusta atas nama Allah, untuk menyesatkan manusia dengan tidak mempunyai
pengetahuan ?”, sesungguh nya Allah tidak memberi pertunjuk kepada kaum yang
zalim.
145. Katakan lah; “aku tidak
dapati makanan yang haram, dalam kitab yang diwahyukan kepada ku, bagi orang
yang mahu memakan nya, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging
babi -- kerana sesungguhnya itu kotor –
atau sesuatu yang disembeleh kerana lain dari Allah. Maka barang siapa terpaksa
dengan tidak sengaja mahu dan tidak melebihi. Maka sesungguhnya Tuhan mu itu
pengampun, penyayang.
146. Dan atas orang-orang
yahudi, kami telah haramkan tiap-tiap binatang yang berkuku, dan daripada sapi
dan kambing, kami haramkan atas mereka, lemak nya, melainkan lemak yang ada dibelakang nya atau
didalam perut atau apa-apa yang bercampur dengan tulang, yang demikian itu,
kami balas mereka dengan sebab kejahatan mereka, sesungguhnya kamilah yang
benar.
147. Oleh itu, jika mereka
mendustakan mu, maka katakan lah; “Tuhan kamu itu ialah yang mempunyai rahmat
yang luas, dan seksa nya tidak boleh disingkirkan dari kaum yang berdusta”.
148. Akan berkata
orang-orang yang musrik; “jika
dikehendaki Allah, nescaya kami dan bapa-bapa
kami tidak mempersekutukan nya dan tidak kami haramkan apa-apa”. Bagitu juga orang yang sebelum mereka membuat
dusta hingga mereka merasa seksaan kami. Katakan lah; “adakah kamu mempunyai keterangan
yang boleh kamu tunjuk kan kepada kami ? tidak kamu turut, melainkan sangkaan,
dan tidaklah kamu itu melainkan berdusta”.
149. Katakan lah; “lantaran
itu, maka Allah mempunyai alasan yang kuat, iaitu jika ia mahu, tentu ia akan
beri pertunjuk kepada kamu sekelian”.
150. Katakan lah; “bawalah
saksi-saksi kamu yang menyaksikan bahawa Allah mengharamkan ini”. Oleh itu,
jika mereka jadi saksi, maka janganlah engkau jadi saksi bersama mereka, dan janganlah engkau
turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan orang-orang
yang tidak percaya kepada akhirat, sedang mereka menyekutukan Tuhan mereka.
.
Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/p126jelebu/3/1
[] https://sites.google.com/site/p126jelebu/3/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/knajidgawabcom/status/668236579693965312
[] https://twitter.com/knajidgawabcom/status/668236579693965312